• All
  • Category 1
  • Category 2
gravatar

info!

Info Menarik 1:
Tahukah Anda? Orang
yang tidak pernah kisah
langsung tentang wang
ringgit, pangkat,
kedudukan, harta dunia
dan tidak pernah juga
rungsing pasal akhirat
ialah Orang Utan.
Info Menarik 2:
Tahukah anda? Aurat dan
Urat adalah dua perkara
yang berbeza. Namun
begitu, apabila melihat
perempuan yang terlalu
mendedahkan aurat, urat
lelaki akan membengkak
di sesuatu kawasan.
Info Menarik 3:
Tahukah Anda?
Allahyarham P.Ramlee tak
pernah dapat Lesen P
sebab baru diperkenalkan.
Penyanyi pop yeh yeh
L.Ramli mungkin pernah
dapat lesel L. Tapi
Allahyarham A.Ramlie tak
pernah dapat lesen A
sebab tak ada.
Info Terkini 4:
Tahukah anda? Cabai dan
Cibai adalah dua
perkataan yang berlainan
maksud. Tapi kalau mulut
nak kena cabai, cuba la
cakap cibai kat depan
orang-orang tua.
Info menarik utk hari ini:
Tahukah anda? Kondom
dan kondominium adalah
dua perkara yg berbeza,
tetapi byk kondom² yang
terbuang dpt ditemui di
dalam kondominium yg
terbiar kosong...

gravatar

fakta yang auta

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

gravatar

jangan menipu!

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya..!! Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya.. stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuksikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err...boss...saya ni dari Syarikat Talikom... datang nak sambung talian talipon...!!" Kantoi kantoi

gravatar

latif n pak ciknya

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannya dengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital. Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini.

gravatar

kehebatan seorang bapa

--Bapa--

Man: Bapa aku hebat. Dia polis.
Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow! Bapa kau keja apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

gravatar

Senyum itu Sedekah

Setiap umat Islam bagi lelaki wajib menunaikan solat fardhu Jumaat, nak di jadikan cerita Man dengan Din pergilah solat Jumaat, tengah Imam baca khutbah adalah tabung sedekah masjid di tolak-tolak kepada orang yang berada di masjid itu, apabila sampai sahaja tabung itu kepada Man lalu dia mengangkat tabung itu lalu senyum ke arah lubang duit tabung tersebut, Din kehairanan lalu bertanya kepada Man dengan apa yang dia lakukan.

Din: Apsal kau senyum kat lubang tabung tu?

Dengan senyuman Man menjawab.

Man: "SENYUMKAN SEDEKAH"

gravatar

peniggalan jepun

1. Selipar jepun - slipar yang hanya layak digunakan ke bilik kecik

2. Hantu Jepun - hantu yg berpakaian tentera jepun.. mesti nak potong kapla

3. Penampar Jepun - klo kena mau bengkak pipi siot

4. Tauhu Jepun - ramai gak yg x tau sbb makan tanpa sedo

5. Bahasa Jepun - digunakan olh mamat rock.. BANZAI

6. Kumpulan Jepun - kat Malaysia pun ada.. KAMIKAZE